21:40 | 0 Comments

~Dahulu~

engkaulah pelengkap hidupku yang tidak sempurna ni....
engkaulah tempat aku mengadu,bermanja dan engkau tidak pernah jemu melayan kerenahku...disaat aku terjatuh engkau datang dan menghulur tanganmu lalu aku menyambutnya serta engkau memberikan aku semangat yang baru untuk meneruskan liku-liku hidup ini...harapan yang menggunung aku sandarkan padamu...akan tetapi kini semuanya hilang dengan sekelip mata...ternyata apa yang ku ramalkan adalah benar belaka semuanya...semenjak engkau mengenali dia aku kau tinggalkan begitu saja tanpa mempeduli hati dan perasaan...padamu akulah punca segala-galanya..engkau bagaikan sudah tidak mengenali diriku...biarlah aku yang dihina,dicaci,dikeji oleh mereka yang tidak tahu apakah yang sebenarnya berlaku...aku menerima dengan hati yang redha...mungkin inilah takdirku yang telah dicatatkan...sedikit pun aku tidak menyalahkan takdir @ sesiapa sahaja...diriku seumpama sebatang lilin yang akan menerangi disaat kegelapan..lalu aku akan dibuang begitu sahaja sesuka hati...hidupku kembali gelap tanpa cahaya,sunyi tanpa berteman,menangis sendirian,ketawa sendirian....terima kasih ku ucapkan padamu kerana engkau pernah benarkan aku bertahta dihatimu walaupun ianya hanyalah sementara namun aku bahagia..kini aku mendoakan agar engkau berbahagia bersama dia yang engkau puja...aku bahagia seandainya engkau bahagia..bagiku biarlah aku melihat kebahagiaanmu dari kejauhan ini...selamat tinggal..selamat tinggal sayang.....

0 ulasan:

Post a Comment

About