Kau yang ku sayang
Hadirmu bak suria menyinar
Menerangi hidupku yang didalam kegelapan
Dan ku berharap ianya akan berpanjangan
Hadirmu bak suria menyinar
Menerangi hidupku yang didalam kegelapan
Dan ku berharap ianya akan berpanjangan
Kau yang ku sayang
Damai ku rasa bila bersamamu
Bahagia, gembira, suka dan duka
Menjadi rencah percintaan kita
Damai ku rasa bila bersamamu
Bahagia, gembira, suka dan duka
Menjadi rencah percintaan kita
Kau yang ku sayang
Sayangku padamu tiada akhirnya
Namun kau sentiasa menduga cintaku
Sehingga air mataku mengalir ke pipi
Sayangku padamu tiada akhirnya
Namun kau sentiasa menduga cintaku
Sehingga air mataku mengalir ke pipi
Kau yang ku sayang
Ku harapkan kepercayaan darimu
Dan tidak meragui kesetiaanku
Hanya kerana jarak memisahkan kita
Ku harapkan kepercayaan darimu
Dan tidak meragui kesetiaanku
Hanya kerana jarak memisahkan kita
Kau yang ku sayang
Mengapa perselisihan sering melanda
Adakah ini dugaan dariNYA
Untuk menguji kesabaran kita berdua
Mengapa perselisihan sering melanda
Adakah ini dugaan dariNYA
Untuk menguji kesabaran kita berdua
Kau yang ku sayang
Andainya dapatku undurkan masa
Pasti kau tak terseksa dan merana
Kerana ku tahu diriku tak sempurna
Andainya dapatku undurkan masa
Pasti kau tak terseksa dan merana
Kerana ku tahu diriku tak sempurna
Kau yang ku sayang
Diriku kini dalam keresahan
Buntu memikirkan apakah kesudahan
Adakah berakhir dengan kebahagiaan atau kesedihan
Diriku kini dalam keresahan
Buntu memikirkan apakah kesudahan
Adakah berakhir dengan kebahagiaan atau kesedihan
Kau yang ku sayang
Sekiranya perpisahan yang kau pinta
Aku akan tabah dan redha menerimanya
Dan aku doakan agar kau sentiasa bahagia
Sekiranya perpisahan yang kau pinta
Aku akan tabah dan redha menerimanya
Dan aku doakan agar kau sentiasa bahagia
0 ulasan:
Post a Comment