"Maafkan diriku seandainya tiap bicara,tiap tingkahlaku, tiap keputusan,
tiap buah fikiran,tiap perasaan..tiada keserasian, tiada kesejiwaan,
tiada kesamaan mahupun yang di harap tak kunjung tiba..
aku hanya insan biasa...ketahuilah rindu,
sayang,dan cinta itu tak ternilai dengan kata-kata...
Cubalah zahirkan dengan perbuatan yang mungkin dapat dirasai,
dinilai mahupun dijadikan bukti yang hakiki... moga ianya kekal hingga ke hari ini..."
"Erti hidup lebih dari itu dan kita terus melawan..."
hidup tak selalunya indah dan pastinya indah
yang didambakan tak selalu kesampaian..
di tatkala ini aku baru tersedar jaga dari mimpi itu..
mimpi yang membuatkan ku alpa..
alpa dari makna sebenar yang ingin kuraba dalam
pencarian mencari dalam kegelapan....
mengapa aku terleka sampai begitu lama aku
tidak menyedari yang janji itu hanyalah sebuah mimpi..
bila dikejutkan nanti pastinya realiti tak sama lagi
dengan mimpi... mimpi memang tak selalunya indah...
tapi aku sering bermimpi yang indah-indah saja saban
hari... sampai ada ketikanya aku tak dapat merasa yang
mana mimpi dan yang mana realiti...
Apa yang ku mimpi... mungkin tak sama dengan apa
yang kau mimpi. Apa yang kau mimpi,
mungkin aku tidak sama mengimpikannya....
Meski situasi kita sama, tapi mimpi kita berbeza,
kalau kita sama bermimpi mimpi yang sama,
pun itu biasa... Kan kau dan aku sama manusia,
yang dianugerahkan mimpi."

19:01 | 0 Comments

maafkan aku kerana seperti cuba melarikan diri daripadamu..
namun terlalu banyak perbezaan antara kau dan aku...
mungkin kita terlalu awal mengikat kasih antara kita..
mungkin kita mengikut nafsu dan jiwa remaja...
mungkin aku bukan yang terbaik untuk mu...

About